Thursday, December 14, 2006

Cuti sekolah bulan 12


Cuti sekolah kali ni ade anak sepupu Liza kahwin di Manjung. Jumaat malam tu lepas maghrib balik ikut jalan lama KL-Teluk Intan. Sepanjang malam hujan. Avanza ku ini nampaknya memberi 'pickup' yg menguntungkan. Sampai Manjung pukul 0130 pepagi. Lama dah tak jalan malam-malam ni. Bermalam di rumah Juli dan Iman.

Sepanjang hari Sabtu dan malamnya di rumah pengantin. Seperti biasa waktu malam ada majlis salam pengantin. Bagi perkenalkan sedara-mara pada pengantin. Esok2 takde la tak kenai sepupu-sepapat.

Hari Ahad terus ke Kg Gajah, rumah maksu/paksu. Opah, tok, makyong, maknyah sema ada situ. Tok masih bertanya perkara lepas yg sama berulang kali. Kena layannnnn. Opah masih sihat walaupun dia nampak letih. Bermalam di rumah banglo itu.

The Morning Monday nya seperti yang ditunggu oleh anak-anak ku dan termasuk ibu & (babynya), Sg Kelah Hot Spring . Perjalanan dari Kg Gajah ke sini ambil masa 1.5 jam lalu Teluk Intan, Ayer Hitam, Bidor dan Sungkai. Bayaran masuk satu famili RM30 , dapat main air panas dan sejuk. Haziq takut dengan replika sotong di Mountain Spring yg berlatarbelakangkan banjaran titiwangsa. Lepas mandi air sejuk pergi ke air panas sekitar 40-50 celsius. Haziq kata kawasan air panas tu bsuuk sebab tempat tu boleh rebus telur. Sungkai asalnya nama sebatang pokok nama nya 'sungkai'. Ade tertanam di Sg Kelah tu.

Kamera seperti biasa buat hal. No battery. jadi no pic. tak leh buat photo vcd kali ni. Pukul 3:30 balik terus ke KL dan dan sebelum tu singgah Rawang. Pekena paprik bt 16. Tgk Hafizuddin baru bersunat. Lepas magrib terus kelik Puchong.

Friday, November 10, 2006

Di waktu malam...bulan syawal


Ini gambar malam di depan rumah minggu ke 2 raya......masih mencuba untuk mengindahkan landskap dan batu-batu kerikil tu lagi....baru lepas hujan..jadi kain ampaian pun masih tak diangkat...bergantungan....

Raya di Saujana Puchong





Raya di Saujana Puchong kali ini buat simple2 jer. Jemput adik-beradik dan ipar-duai dan ada la kawan rapat seorang dua datang...

Thursday, November 09, 2006

Kenangan Syawal 2006 part II






Balik kampung mmg bawak banyak barang...mmg sarat avanva tu.dgn almari baju ....rasa macam kecik jek kereta tu...padahal mmg dah ada 7 seater dah...mungkin boleh di 'upgrade' kan kot....serena ke, innova ke...tapi tak boleh cakap kuat2 ....

Kenangan Syawal 2006





Raya kali ni macam biasala...balik ke Jln Kuching - 3 hari sebelum raya, Sg Besar - 3 hari - raya pertama dan kedua then lepas tu mudik ke hulu ke Lambor Kanan 3 hari jugak....tak banyak sangat jenjalan raya kali ni... tapi yang wajib saudara-mara semua kita satu family ziarah....

Friday, October 20, 2006

Ke Aquaria



Malam di Saujana Puchong




Rumah ku Saujana Puchong di waktu malam hari.....

Tuesday, May 02, 2006

Percutian Hari Keluarga Bukit Merah






Percutian ala-ala resort home di Bukit Merah Lake Town Resort telah dijayakan pada 29 April hingga 3 Mei 2006. Malam nya menikmati BBQ ayam, ikan dan sotong yang dipanggang. Siangnya pergi ke Taman Tema Air dari pukul 10:30 sampai pukul 3:00 ptg. Lain-lain aktiviti biasala senaman poco-poco (tak jadi & tak cukup korum), jalan kaki sekitar tasik......

The 20,000 km Avanza




Avanza ku telah menjalani kehidupan sebanyak perbatuan 20,000 km pada bulan April 2006. Persis nya begitu bertenaga dan maintain segala performance dengan minyak 'mineral' dengan kekerapan pertukaran 5000 km...Telah dijanjikan pada 10,000 km dahulu Toyota SC menyatakan sesuai untuk 10,000 bagi minyak mineral tetapi telah dikhabarkan berita supaya untuk menukar kepada kekerapan 5000 km untuk minyak mineral standard Toyota...Nah inilah dia foto di kantor ku pada malam hari aksi avanza ku setelah selesai di servis sebanyak RM 252.40 pada siangnya sesudah aku menghabiskan peperiksaan Semester Mei 2006 tempoh hari...