Thursday, January 01, 2009

2009/1430


Dah sampai 2009, 3 hari lepas hijrah 1430. Banyak suka-duka mengharungi tahun 2008. Tidak terbanding pelbagai peristiwa yang mematangkan diri ini. Semuanya terpahat disanubari ini. Penuh signifikan dan dramatik. Semoga tahun 2009 ini lebih makmur dan mendoakan kesihatan terbaik buat semua.

Summer Camp


Sg Lui , Ulu Langat lokasi 'summer camp' tempat anak-anak ku bermotivasi kan diri. 3 hari 2 malam bersama AKRAB. Berlanskapkan bukit dan banjaran kejauhan serta jatuhan air terjun. Dah lama rasanya tak mengikuti denai-denai alam ini. Nanti kita akan berkelah di salah satu air-air terjun ini. Semoga mereka lebih menjatikan diri untuk tahun 2009 ni. Ayong dah tahun 5 dan Farahin tahun 3.