Thursday, December 14, 2006

Cuti sekolah bulan 12


Cuti sekolah kali ni ade anak sepupu Liza kahwin di Manjung. Jumaat malam tu lepas maghrib balik ikut jalan lama KL-Teluk Intan. Sepanjang malam hujan. Avanza ku ini nampaknya memberi 'pickup' yg menguntungkan. Sampai Manjung pukul 0130 pepagi. Lama dah tak jalan malam-malam ni. Bermalam di rumah Juli dan Iman.

Sepanjang hari Sabtu dan malamnya di rumah pengantin. Seperti biasa waktu malam ada majlis salam pengantin. Bagi perkenalkan sedara-mara pada pengantin. Esok2 takde la tak kenai sepupu-sepapat.

Hari Ahad terus ke Kg Gajah, rumah maksu/paksu. Opah, tok, makyong, maknyah sema ada situ. Tok masih bertanya perkara lepas yg sama berulang kali. Kena layannnnn. Opah masih sihat walaupun dia nampak letih. Bermalam di rumah banglo itu.

The Morning Monday nya seperti yang ditunggu oleh anak-anak ku dan termasuk ibu & (babynya), Sg Kelah Hot Spring . Perjalanan dari Kg Gajah ke sini ambil masa 1.5 jam lalu Teluk Intan, Ayer Hitam, Bidor dan Sungkai. Bayaran masuk satu famili RM30 , dapat main air panas dan sejuk. Haziq takut dengan replika sotong di Mountain Spring yg berlatarbelakangkan banjaran titiwangsa. Lepas mandi air sejuk pergi ke air panas sekitar 40-50 celsius. Haziq kata kawasan air panas tu bsuuk sebab tempat tu boleh rebus telur. Sungkai asalnya nama sebatang pokok nama nya 'sungkai'. Ade tertanam di Sg Kelah tu.

Kamera seperti biasa buat hal. No battery. jadi no pic. tak leh buat photo vcd kali ni. Pukul 3:30 balik terus ke KL dan dan sebelum tu singgah Rawang. Pekena paprik bt 16. Tgk Hafizuddin baru bersunat. Lepas magrib terus kelik Puchong.