Tuesday, December 29, 2009

Majlis Cukur Jambul Hafiz Faris











Setelah dibincang-bincang akhirnya termeterai tarikh 26/12/2009 untuk di cadangkan majlis cukur jambul untuk Hafiz Faris. Tarikh tersebut dipilih kerana isteriku genap 40 hari berpantang, baby pun dah 1 bulan lebih (dah tembam pipinya), 2 orang boboi ni pun dah baik dari bersunat. Haziq Fahmi pun dah boleh berlari ligat macam BEN10 dan naik atas badan ayahnya seperti biasa..

Kerusi dan meja ditempah dari SP1 dan khemah 10x10 pasar tani diambil dari sridelima. Khemah bapak sewaktu dia meniaga pokok di pasar tani. Masih elok dan tetap akan dijaga. Banyak gunanya..

Maka dengan sukacitanya kami pun menjemput kariah masjid SP8 Nurul Iman untuk majlis tahlil dan doa selamat. Kumpulan Marbahan (wanita) dari Puchong Indah lagi sekali dijemput untuk meraikan majlis cukur jambul atau 'naik buai' kata orang Perak. Kali pertama pada tahun 2007 tatkala Majlis Cukur Jambul dan Akikah Nur Fatihah Raihanah...(kakak ana) .Tema kali ini bewarna 'biru turquoise'. Dengan itu dihiaslah buaiannya dengan reben serta renda-renda berwarna biru. Ibunya pun pakai baju biru ada manik-manik...begitu juga dengan anak2 dara ku...berbaju kurung biru tapi Fahmi pakai baju BEN 10 merah. Mula-mula dah dipakaikan dengan baju melayu merah....dibukanya sebab rimas...
Menu utamanya kali ni ditempah dari SP3, ayam tua masak lemak bersayurkan rebung (cili api), daging masak kicap, sayur campur, ulam-ulaman, ikan tamban kering dan sambal belacan. Sebagai hadiah kepada jemputan beg kertas bewarna biru terquoise diisikan bunga telur, cup cake chocolate moist (ditempah khas dari SP10), puding, gula-gula dan kekacang. Sebagai pemanis mulut serta memenuhkan meja kami hidangkan karamel (dari sridelima - makyang), puding hasil last minit tuan-rumah), tart telur, kueh karipap, kueh lapis, pulut kuning + ayam rendang dan tembikai (sepenuh masak)

Alunan marhaban dan berzanji dimulakan jam 10:30 pagi dan tamat jam 11:30 pagi. Hafiz Faris tidur je sepanjang nyanyian merdu berzanji. Majlis kemudiannya dilengkapkan dengan tradisi mengelilingi jemputan dengan menggunting beberapa helaian rambut baby serta dimasukkan ke dalam buah kelapa yg berisi airnya. Bunga rampai wangi ditabur.

Majlis tahlil dan doa selamat pula disusuli selepas itu dengan diketuai oleh pengerusi surau SP8 jam 12:15 tengahari.

Tengharinya panas...bila jam 4:00 petang dah hujan..hujan rahmat..

Bungkus kerusi dan meja jam 8:00 malam...khemah tak boleh bungkus lagi sebab basah...senang sangat pasang dan turunkan khemah..kurang 5 minit boleh pasang siap...dengan bantuan 4 orang anak-anak ku...itu pun Kakak Ayongnya 'injured' di buku lali...Fahin rajin bila disuruh....

Terima kasih diucapkan kepada semua adik-beradik,sahabat-handai serta saudara-mara yg memeriahkan majlis 'naik buai' anak bongsu kami...ye anak bongsu dah tu...

Monday, December 14, 2009

Sunat





Ayah: Fahmi nak sunat tak ?
Fahmi: Eii, tak nak la..nanti Fahmi dah besar , barulah sunat..

Nak tak nak...kami gamble je..tarikh dan masa dan booked di Azaharah, Bangi . Adiknya Hafis Faris yang baru lahir 17/11/2009 nampak cool je, tidur..Abangnya, Haziq Fahmi..gigit kuku...biasalah...rasa takut tu ada...sebab budak sebelumnya berlari-lari keliling tempat menunggu tu tak nak sunat..

Fahmi masuk dulu...baring atas katil pertama berpelikat. comel je.bila bius..2 kali..menjerit juga dia...pindah ke katil sebelah...

Fahmi: Ni nak buat apa lagi? Bukan ke dah sunat?
Ibu: Tadi tu injection bius je..ni baru la nak sunat, baru la nak potong...

Ibu dan Ayah peluk Fahmi. Meraungnya sampai nampak anak tekak..tapi belum buat apa-apa lagi pun..takut je lebih.Kakinya tak meronta-ronta..jadi senanglah dr pakar bedah tu menjalankan kerjanya. Ibu-dan ayah tak tengok pun prosedur tu...sebab kitaorang pun takut sebenarnya....hehehe....

Dr: Ada rasa tak..dr pegang ni ?

Fahmi : Ada...ada, sakit la... ( saja je tu, dah kena bius mana ada rasa apa-apa pun..Dr pun tak buat apa-apa lagi)

Teknologi sunat kali ini menggunakan 'laser' sebagai alat pemotong kulit. Terbau bau hangit dan asap laser dan tidak perlu balut atau 'clamp' apa-apa. Cuba letak ubat krim antibiotik. Darah pun sikit sangat. Tak sampai 10 minit selesai, Fahmi pun pakai kain berdiri dan jalan, tapi jalannya macam robot.

Giliran baby Faris pulak..Masa inject bius biasalah dia menangis tersedu-sedu, tapi bila dah ubat bius 'activate', selamba je Faris tidur dan Dr pun 'potong'. Tak menangis pun dia...'Ring' getah digunakan dalam prosedur ini sebab masih baby. Selesai dalam kurang 10 minit. Pakai pampers lagi..

Fahmi: Tu la ibu...kenapa tak sunat Fahmi masa baby lagi..kan senang.... Farmasi bagi ubat tahan sakit je untuk kurang sakit....

Dengan izin Allah, semuanya selesai...semoga cepat sembuh....