Saturday, February 27, 2010

Upgrade




Tahun 2005 bermulanya era MPV dalam kaedah pengangkutan keluarga ku. Avanza 'champange gold' mula ditempah pada November 2004 dan diperolehi 7 bulan kemudian pada bulan Mei 2005. Jenama "T" yang tiada masalah, berkualiti, 'workhorse', reabiliti tinggi, boleh dipercayai serta gah selayak namanya di mata dunia. Odometernya menunjukkan angka 111900 km. Setelah berfikir panjang pada bulan Januari 2010 justeru mencapai resolusi akhir, Innova pula ditempah bagi tujuan 'upgrade', ruang bagasi dan famili lebih luas, kenyamanan pengendalian serta lebih kuasa 'tork' dan pecutan, sesuai dengan bilangan ahli keluarga yang semakin bertambah. Maka pada 23 Februari 2010 kenderaan 2.0 cc ini diperolehi dengan warna 'medium silver'.
Syukur... Semoga kenderaan Auto-ECT ini akan membawa keluargaku keliling kota dan desa dengan mesra, aman dan cekapnya..

Monday, February 22, 2010

Stimboat @ Mardi







Hari Jumaat Malam 19/2 , kami sekeluarga pergi makan malam 'stimboat' di MAEPS, Mardi. 15 minit dari rumah. Mula-mula yakin bila sampai ke pintu gerbang mardi tapi lepas tu sesat 3 minit . Dah malam, mana lah nak nampak signboard yang berbalam-balam tu. Kami dihidangkan dengan seperiuk sup tomyam dan sup ikan separa-panas. Satu penunu bunsen cap 'rama-rama' tersedia di atas meja. Ambil lah segala aneka ikan, udang, ketam, fish cake & ball, sayur kobis bunga dan cendawan serta direbus 'live' lalu dicicah sambal sos tiram atau cili. 1.5 jam makan, jam 1030 malam balik kenyang dengan protein makanan laut. ABC buat sendiri dan aiskrim sebagai pemanis rasa tapi air minumnya terlampau manis... . Kakak Ana dah tertidur, meradang bila dihulur aiskrim. Ayong dan Fahin segan-segan nak ambil ikan. Fahmi pulak berulang-ulang ambil sikit-sikit..

Bulan depan boleh datang lagi.

Thursday, February 18, 2010

Cuti Tahun Baru Cina Part 1

Hari Sabtu 13/2 jam 930 pagi , bertolak dari rumah menuju ke PLUS mengikuti LDP dan tersasar ke Guthrie. Avanza perlu digunakan kerana kapasiti penumpang dan barang yang pukal walaupun ia perlu direhatkan atas maksud tertentu. Memang masih selesa dan bertenaga walaupun ianya tidak diservis melewati 10 ribu km. Myvii tak cukup muat. Berpusu-pusu kereta bila sampai PLUS. Purata kelajuan sekitar 40-50 km/j.

Jam 12 tengahri masih di tarmac, perut dah berkeroncong. Singgah di R&R tapi R&R ni tiada makanan berkabohidrat, banyak 'junk food'. Anak-anak dan isteri dah mula menampakkan keresahan dengan situasi melampau. Lapar dan kenderaan bergerak perlahan. Keluar 'Exit' Bidor sebagai 'escape' . Sangkut sebelum sampai ke pekan selepas membayar tol. Jumpa gerai di tepi jalan. Buat U-Turn. Jam 1:30 tengahari , terus makan apa yang terhidang. Kenyang semuanya. Sejam kemudian masuk balik ke PLUS dan perjalanan lancar nampaknya. Purata kelajuan mencapai 70-80 km/j. Sampai juga ke 'exit' Gopeng . Terus ke Batu Gajah, Kg Tersusun untuk persiapan kenduri kahwin Si Eday, sepupu . Sampai pun dah jam 3 petang. Perjalanan yang meletihkan di mana sepatutnya ia memerlukan hanya 2 jam sahaja untuk sampai ke sini. Keluarga kami termasuk adik-beradik diberi tugasan menyiapkan hadiah bunga telur. Siap dalam bilangan menghampiri angka 1000.

Malamnya bermalam di rumah makyong di Ipoh. Memang panas hawanya. Perubahan monsun dan halangan angin dari Gunung Keledang berhampiran. Hari Ahadnya esoknya menghadiri majlis kahwin sampai pukul 4: 00 petang. Ramainya jemputan. Berjumpalah dengan saudara-mara semuanya. Malam itu tidur di Lambor Kanan, menziarahi opah.

Thursday, February 11, 2010

Akikah Untuk boy



Alhamdulliah, Akikah untuk Fahmi dan Faris telah dilaksanakan pada 16 Januari 2010 (30 Muharam 1431H) di Raka Popram Thmey, Raka Popram, Tbong Khmom, Kg Cham, Kemboja. Empat Bahagian (lembu) untuk mereka telah disempurnakan sempena jamuan dan kenduri perkahwinan di Kemboja. Semoga Allah merahmati anak kami dan semoga ibadah ini beroleh keberkatan. Amin.

Sukan Sekolah

Ayong, Farahin dan Fahmi masuk acara sukan sekolah. Ayong masuk acara 4 x 100 meter. Tapi kalah , tempat ke 4. Farahin dan Fahmi masuk acara perbarisan saje. Kami duduk la tepi padang tengok budak-budak masuk acara. Bila dah pukul 12:00 tengahari kulit mereka semuanya gelap dek lamanya berjemur tengah padang.

Friday, February 05, 2010

Tasik, pantau kawasan























Telah diamanahkan untuk menjadi pegawai kawasan Presint 12, Wetland serta Tasik Putrajaya. Selain tugas hakiki, aktiviti ini telah termasuk dalam skop kerja tahunan. Maka pemantauan perlu dilakukan dan laporan perlu dimajukan ke pihak atasan.

Thursday, February 04, 2010

ELCB

Petang 3/2, masa hujan dan petir , tiba-tiba suis ELCB dan MMCB terpelantik di rumah. Di cuba-cuba ON kan tapi elektrik tak mari-mari. Selalunya boleh je, kalau lepas petir, suis tu ter-OFF dan ON kan balik pakai kayu panjang tu, elektrik 'resume' balik. Terpaksa lah bergelap dengan cahaya suram-hangat lilin. 2 unit lampu 'emergency' KHIND yang 'automatik' menyala bila elektrik 'cut off' pun kian malap dan culas lepas 2 jam guna baterinya. Isteri dan anak-anak ku be-rekreasi riang di luar rumah. Hafiz Faris lena diulit dingin remang-malam di atas pangkin kayu meranti . Kakak Raihana nya berlari-lari keliling gembira dengan kunang-kunang senja. Lingkaran ubat anti-nyamuk 'cap ikan' menemani mereka..Agak kurang berasap dan berkesan...

Panggil kontraktor elektrik dari Sri Kembangan, adik-beradik family bisnes orang Sabahan. Dalam 1 jam dah sampai.

Bila di periksa suis ELCB 1 unit dan 3 unit MMCB rosak. Nak tak nak RM 275 terpaksa di laburkan untuk 'kemaslahatan' keluarga bagi menerangi rumah ini semula. Harap lepas ni dah tukar peranti yang original, tiada lagi masalah terpelantik masa hujan ribut petir....kalau 'trip' pun tak rosak suis nya....dulu pun kontraktor sebelum ini pernah berkata 'ini sungguh bener2 yang original juga pak'...entahlah barang-barang elektrikal sekarang banyak yang 'tak realiable walaupun ada cop sirim'...

Tuesday, February 02, 2010

Aktiviti Hari WP

1/2 , cuti Hari WP. Ambil My Kad Ayong di JPN Puchong. Ramainya orang, biasalah KL cuti. Kaunter serahan cepat nombornya, Selipar Ana pulak tercabut. Pergi beli kat Hero. Bila pakai, terlebih muat, kakinya kecik , selipasnya besar. Singgah kedai cermin mata di bt 14 beli 'contact lens' ayong. Jenama I-Gel habis, beli jenama lain. Jenama yang dia biasa pakai tak sesuai pula dengan bola matanya. Pergi Puspakom Bangi, ingat nak insepection Avanza. Geran asal masih di bank laaa. Kena ambil sana. Tengahari nya ambil geran Avanza di Maybank Damansara. Ikut highway sampai juga di Damansara Jaya. Isteriku dan Ana tidur je dalam Avanza. Ada baki sikit lagi. Balik terus rumah.

Tengahari lepas makan , tidur, malasnya nak pergi puspakom balik. Jam 4 petang sampai di Puspakom Bangi. Kereta berderet-deret nak inspection. Panjangnya.. bila la nak dapat incepction kereta ni. Berbual dgn PHD student UPM dari Nigeria, tentang isu islam masakini, berhabuk speaking london. Jam 6 baru dapat inpection, bayar RM 25 untuk 'exchange tukar nombor plate' , pemeriksaan nombor chasis enjin dan badan kereta.

Tapi tiba-tiba pemeriksa tu kata 'tinted cermin depan tak lepas la bang', JPJ 70%, kereta encik 64%, saya bagi 10 minit, abg fikir sendiri..!'. Nak fikir apa, terus aku jawap 'Tak mau la koyak tinted tu..'. Dia balas ' Kalau tak mau koyak, fail incpection ni!!..". Ganas je dia jawap. Dengan bantuan seorang hamba Allah yang biasa sangat (2nd hand car dealer) dengan inspection kereta ni , beliau menggunakan 'cutter' , tak sampai 15 saat, terus mengoyakkkan tinted depan tu. terima kasih diucapkan kepada beliau dan rakannya. Memang nak jual pun kereta ni..tak kisah la..

Dapat sijil puspokom , Lulus..lega...6:30 balik rumah...

Tasik Shah Alam - Brisk Walk

3 km jalan kaki pantas mengelilingi Tasik Shah Alam selama 2 hari selepas hantar ayong di UITM. 30 minit keliling tasik. Memang berpeluh. Ibunya dan Ana duduk melepakkan diri di tepi tasek. Masih dalam pantang, tak boleh joging. Nanti dah seminggu lebih baru boleh jalan-jalan sikit-sikit. Lepas joging, pekena nasi lemak di seksyen 2, tempat student makan.

Klinik UPSR

Klinik UPSR diikuti ayong farhani selama 2 hari di UITM Shah Alam pada 30 dan 31 Januari. Ibunya suka sangat sebab dulu tempatnya belajar universiti. Lepas keluar hospital tengaharinya, petang dah nak jemput ayong di dewan kuliah. Semoga ayong mendapat tips-tips yang berguna untuk persediaan awalan UPSR nanti.

B.T.L

Isteriku menjalani Bilateral Tubal Ligation di Hospital Putrajaya pada 29/1. Kena masuk wad sehari sebelum prosedur. Dia tak tahan dengan ubat pengsan yg memaksa dirinya muntah dan pening selepas itu. Bisa torehan masih bisa selepas 4 jam pembedahan minor. Cut tapped glue..