Thursday, November 27, 2008

Pemergian Nenda Tok

Nenda ku pergi ke rahmatullah pada umur 83 tahun. Balik kg pada pagi jumaat 21/11 jam 7:00 pagi itu dan sempat menyempurnakan arwah setibanya jam 10:30 pagi. Al-Fatehah

Kenduri di Kg

Balik ke Batu Gajah kerana menghadiri kenduri kesyukuran dan doa selamat bapak sedara dan mak sedara ku. Mereka akan menunaikan haji. Bertolak jam 8 pagi sampai jam 11 pagi. Ramai sedara-mara dan rakan-rakan arwah bapak ku yg bertanya. Petang itu balik ke kg lambor kanan. Esoknya kenduri bersunat 2 orang sepupuku. Jadi raja sehari di pelamin. Cuti sekolah ni ramai yg nak berkhatan. Fahmi nanti umur 8-9 tahun boleh la potong.

Tahlil

Tahlil untuk bapak disempurnakan selama 3 malam di rumahnya. Hari Sabtu minggu berikutnya diadakan pula majlis tahlil di rumah ku di Saujana Puchong. Terima kasih diucapkan kepada saudara-mara, jirantetangga dan rakan-taulan yang menghadiri majlis tahlil tersebut. Sokongan dan bantuan dari saudara-mara bagi menjayakan majlis dari segi menu hidangan serta persiapan lain selama 3 malam berturut-turut merupakan rahmat kepada keluarga kami. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semuanya. Moga Allah membalas jasa-jasa kalian.

Pusara

Semakin ramai yang menziarahi arwah pada pagi Jumaat 31 Oktober itu. Sedara-mara dari kg hampir semuanya tiba. Tahlil dari jemaah wanita Kg Sri Delima menyusuli disedekahkan kepada arwah dengan bacaan yang sayup-sayup dari ruang tamu itu. Seperti yang dirancangkan jam 9:20 pagi arwah meninggalkan rumah kediamannya selama ini dan di bawa ke Masjid Kg Batu dengan van jenazah. Di masjid jenazah dimandikan, dikapan dan disembahyangkan oleh Ustaz Idris. Besar jasanya yang mulia dan dihormati ustaz ini. Beliau jugalah yang mentalkinkan arwah ibuku 11 tahun lepas dan beliau jugalah guru agama ku di sekolah rendah. Penuh ketertiban mereka yang memandikannya. Tiada terucap dengan kata-kata jasa-jasa mereka ini. Telah diberi peluang kami untuk mengambil wuduk untuk nya buat kali terakhir. Urusan kapan menjadi senang dan itulah kali terakhir menatap wajahnya dan mengucup dahinya sebelum di tutup kain puteh. Jam 10:45 dibawa ke tanah perkuburan kg batu. Terima kasih kepada rakan-rakan ku yang tiba dari pejabat ppj di waktu itu. Ku hargai sokongan kalian. Setibanya di tanah perkuburan penuh kesyukuran diucapkan , ianya dekat dengan kubur arwah ibu ku. Itulah ketentuannya. Talkin dibaca oleh Ustaz Idris dengan penuh syahdu dan insaf. Jam 11:30 sempurnalah semuanya. Kelihatan opah sampai dengan penuh gigih ke pusara yg masih merah itu. Menaburkan carikan helaian bunga yang ditanam arwah dan siraman air tahlil ke pusara menantunya. Tok nampaknya tak larat dan menunggu di kereta. Sampai jua sedekah fatehah nya. Al- fatehah

Monday, November 10, 2008

Pemergian ayahanda

Tiada kata untuk digambarkan perasaan ini. Telah dipaksa diri ini untuk menulis catatan kali ini.

Dimaklumkan pada tanggal 30 Oktober 2008 untuk kali terakhirnya pada jam 5:30 petang ayahanda Haji Ismail bin Haji Mat Kasat telah kembali ke rahmahtullah setelah koma selama 7 hari. Pada saat 23 Oktober 2008 di waktu terakhir aku dan adik ku menatap wajahnya yang masih mampu berkata-kata di tepian katil wad 4A Hospital Putrajaya setelah membantu menjamah makanan malamnya, hanya bubur nasi . Jam 8 malam itulah waktu yang kami tinggalkan beliau sisa kenangan ini dengan hati yang pedih. Tidak berselera dan amat letih, kedengaran suaranya. Disuruhnya kami pulang. Dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada jam 2:15 pagi. Jantungnya telah berhenti berdenyut dan mereka telah berhempas pulas mendapatnya beliau kembali. Dengan hati yang berdebar kami ke ICU. Semakin hari semakin sukar dan penuh makna. Sanak saudara dan jiran tetangga hadir menziarahi mendoakan yang terbaik. Tetapi allah lebih menyayanginya. Kami himpunkan seluruh luhur tenaga ini apabila semuanya senyap hening di saat 5:25 petang itu. Semua adik-beradik ku dan isteri ada di saat Dr itu berkata-kata. Kami akur dengan ketentuan ilahi dan bersedia untuk menyempurnakannya. Tidak putus-putus menyedekahnya dengan surah Ummul-Kitab dan yassin di saat itu. Isteriku dan adik-adik ku bergegas menyiapkan di rumah. Aku dan adik bongsu ku mengiringi arwah dan sesekali tidak meninggalkannya ke forensik. Van Jenazah dari Masjid Kg Batu meninggalkan cebisan kenangan Hospital pada jam 9 malam dengan adik-iparku sebagai pembantu. Terasa sekejap duduk di dalamnya bersama-sama arwah ayahanda di sisi. Makluman ke saudara marah di hantar. Jam 9:45 malam jenazah tiba di perkarangan rumah yang dibinanya. Ramai yang telah menunggu. Terasa pilu apabila meletakkanya di pembaringan di tengah-tengah rumah itu. Tidak tidur semuanya dan bacaan surah al-kafhi dan yassin di ulang baca. Jam 6:45 selepas subuh sepeti yang dijanjikan jemaah surah hadir membaca tahlil di sisi jenazah.

Wednesday, July 09, 2008

Seharian di Temasek






Singapura seperti di dalam buku Ilmu Alam, memang kecil. 707 km persegi. Sebuah pulau yang maju, unik dan berperaturan. Selepas sarapan omelet, yogurt dan soya pukul 9 pagi dah beratur di Imigresen Woodlands. Tak perlu beratur elok-elok di sebelah Malaysia, senang sangat dan bolos. Aku dan anak-anak ku guna pasport berkumpulan kecuali isteri ku guna pasport international. Pasport ku dah expired tahun 2007.


Menyusuri sesak Tambak Johor bersaing dengan warga lain. Jam 10:45 pagi sah menjejakkan kaki ke tanah pulau. Agak lewat. Kebersihan persekitarannya begitu terserlah. Isteriku menjegilkan mata kepada anak-anak ku tentang tatacara membuang sampah berulang-ulang kali. Menaiki bas sewa khas plat singapore dan jurupandu pelat singapore-indon. Dari Bukit Timah Road bas terus menuju ke Bugis Junction, Little India dan singgah ke Merlion Park dan Marina City Park .


Tugu Singa yang menghamburkan air. Tapi tugu tu tengah di buat maintenance pulak . Hambarlah sikit panoraman gambar. Anak ku Nurfarahin menghadapi masalah dengan sendalnya. Melewati Bangunan Parliment , Suntec City, Raffles Hotel, Tugu Stamford, Singapore Flyer dan City Hall Singapore dari atas bas. Rata-rata warga pemuda nya agak sibuk dengan raptai festival kemerderkaan yang akan disambut akhir Julai ini. Kemudian menuju ke Istana Kg Gelam. Kesultanan yang telah pupus. Kawasan Bersejarah Melayu Singapura. Mengisi perut di Restoran Minang yang penuh tradisi. $25 dollar satu famili makan masakan minang yang begitu terasa enak . Syukur dapat solat zohor di Sultan Mosque berhampiran. Bergambar di Kampong Glam Walk dan Arab Street. Lanskap pepohon Kg Gelam mengingatku semasa isteriku menanam pokok gelam di Petaling Jaya.


Gerimis tengahari membawa rombongan ku ini ke Orchard Road. Sistem gantri atau tol yang dikenali sebagai ERP memenuhi bandaraya ini. Jalannya kurang sibuk dengan kenderaan memungkinkan sistem MRT bawah tanah dan public transportnya yang efisien. Tidak nampak pemandu yang suka-suka parkir di tempat tiada kotak dan garisan mulut buaya. Berhemah betul. Segelintir yang menunggu di pondok bas. Membeli belah di gedung Orchard Road dengan pelbagai baju dan cenderamata. Tempat yang pertama dituju, kedai kasut. Sandal $10 dollar untuk anak ku. Seperti biasa Raihana akan menyelongkar baju-baju di rak. Fahmi dengan mainannya. Nilai semua $130.


Jam 4 petang membawa semula ke Tambak Johor dengan pengalaman singkat seharian di Temasek. Jika kesempatan masa aku bercadang ingin explore semula pulau ini dengan lebih agresif.


Menuju pulang sempat singgah di Ayer Hitam sebagai pelengkap. Destinasi yang sebenarnya bagi membeli-belah. Lewat jam 11:15 malam tiba di PJ.

Semalaman di JB







Kembara familiku kali ini dengan menaiki bas ke Johor Bahru. Bertolak Khamis malam dari MBPJ. Tak dapat tidur lena walaupun bas esekutif mbpj suspension udara. Singgah rehat dan rawat di Pagoh. Ada pau ayam pukul 1 pagi. Pukul 2:30 pagi sampai ke Hotel Selesa di JB. Mamai dibuatnya bila turun bas. Pagi itu bersarapan penuh 3 bintang. Rombongan isteri ku dan kakitangannya menuju ke MBJB untuk lawatan kerja.




Aku dan anak-anak ku menuju ke kolam sebagai riadah di pagi hari kerja Jumaat. Melayan karenah anak-anak ku bermain air di aras 11. Agak berangin oleh bayu dari Selat Johor yang sempit itu. Petangnya berjumpa dengan Wak Sajali, rakan baik elektronik ku sewaktu di UTM. Masih pekat pelat jawa Parit Warijo Lintang nya. Mengimbau kenangan lalu di Jalan Semarak dan mengungkap kejayaan rakan-rakan lain di masa nyata. Ramai rakan-rakan ku di negeri selatan ini. Peh...Jika kesempatan masa akan ku jengah semuanya di lain waktu.




Malamnya menyisir pantai di Danga Bay. Makan malam menu nasi ayam tak serupa namanya. Lain rasanya. Entah kenapa. Iklan begitu gah. Menyorot bandar JB diwaktu malam bagaikan kunang-kunang hilang arah.

Kenari Merah



Kenari merah menjadi titik tolak kepada alam pemotoran isteri ku semasa kami tinggal di PJ. Mula dibeli pada tahun 2000 November. Sebagai sumber alternatif pergerakan kami untuk pergi kerja yang mana aku perlu ke Putrajaya dan dia perlu ke PJ. Tak banyak diceritakan tentangnya. Purata perjalanan sehari pada waktu itu adalah sekitar 10 km sahaja di mana pola perjalanan kereta cilik ini bermula di Inai Court Jalan Templer , singgah sebentar di Taska Jalan Penchala off Jalan Railway serta meneruskan perjalanannya ke Jalan Yong Shook Lin, MPPJ. Begitulah routing hariannya.


Kereta yang berkapasiti 1.0 Liter berenjin DOHC, Twin CAM, EFI ini tidak langsung menimbulkan masalah. Biasalah wear & tear seperti tukar clucth, tayar, bateri, engine mounting, breakpad , aircond, dan absorber. Lain-lain partnya seperti dahulu lagi. Part kebanyakkan tertulis 'made in japan'. Tak banyak bunyi-bunyian seperti kereta lain walaupun dah hampir 8 tahun kereta ni bergerak. Yang kurang menariknya kereta ini ialah cat merahnya lekang. Hantar cat 1 layer solid merah pada tahun 2006 , warna sama juga tetapi sekitar 2008 catnya lekang balik terutama di bahagian bumbung. Perjalanan yang paling jauh dibuat oleh daihatsu move ini ke Pulau Pinang dan Johor Bahru. Ada beberapa kali ke Ipoh dan Bota, balik kampung. Sekali tekan minyak memang mendadak pecutan enjin DOHC twincam nya. Satu teknologi yang begitu asing buat kereta proton sezaman dengannya.


Tetapi dengan kehendak semasa dan peredaran zaman perlulah juga berubah kan. Ia telah dijual dengan airconnya kepanasan dan kereta baru untuk isteriku sedang menanti. Mileage setelah 8 tahun bergerak cuma 87000 km lebih. Dijual dengan harga 15K setelah banyak sangat dolak-dalik dengan pembeli itu. Sementara menunggu kereta bewarna perak itu, isteri ku meminjam Satria Gti kepunyaaan staffnya..
Kereta auto , moden dan segar perlu untuk dia pergi kerja. Grant kereta dah dapat, kereta tak sampai-sampai, menunggu baucar dari pihak pembiaya. Platnya sewarna dan senombor dengan avanzaku. Biar senang untuk diingati. Sampai jua akhirnnya nanti kereta baru itu...

Monday, June 30, 2008

Water Spectacular




Jarang keluar malam. Kali ni dekat je, Dataran Putra. Tengok Water Spectacular. Teknologi 3D nya agak mengagumkan. Pancutan titisan air dijadikan layar manakala efek cahaya laser dijadikan objek dipancarkan untuk paparan berwarna bergerak 3D.

Family Day Port Dikson





Destinasi Port Dikson mengamit percutian kali ini. Bukan musim cuti sekolah pun. Lagi 1 minggu ke cuti sekolah kami ke Bayu Beach Resort. Ajak satu famili adik beradik ke sini. Apartment MBPJ Penthouse ni dah 3 kali dah menginap sejak tahun 1999. Merehatkan minda dan mengucap kesyukuran kerana kegembiraan dimurahkan rezeki. Bebagai halangannya. Berbaloi juga setelah 4 tahun menelaah buku dan berkorban masa demi pelajaran. Anak-anak dan isteri ku cukup gembira bermain air laut. Dah habis main pasir tepian laut terjun pula ke kolam. Semuanya cukup makan. Malamnya dibuat unggun api mini di tingkat atas. BBQ ayam, ikan dan sotong. Berasap 1 aparment. Nak turun tepi pantai agak jauh. Memadai dari atas ini.

Riang Ria Puncak Genting




Dah lama tak ke Genting Highland. Ini kali pertama Avanza ku ke puncak tanah tinggi dengan dongakan ekstrem. Mengaum kuat VVTI ni tapi enjin nya cukup bertenaga menuju puncak. Cuaca sepanjang 3 hari memang sejuk dan hujan. Hawa dalam Aparment Ria (Selangor) bagaikan berada di Jepun pada musim sejuk, tak tentu hala berselimut aje. Pijak lantai dapor macam terpijak ice-skating. Airnya bagaikan direndam ais batu. Bila malam angin gunung menghentam tingkap menerbitkan desiran ribut. Kabus sepanjang malam. Indoor & Outdoor game semua redah. Ayong demam. Main bowling 3 set satu famili baru berpeluh. Makan malam di Burger King dan tengahari di Kenny Rogers. Nak main rowing boat tapi hampa sebab hujan lebat sangat. Makan bertih jagung je di tepi tasek yang penuh kabut.

Sunday, January 06, 2008

Hari Sekolah 2008

Seperti biasa 3/1/2008 3 orang anak-anak ku ke sekolah. Serba baru. Selesai bayaran yuran di sekolah SKUP3. Ayong Hani dan Farahin nampaknya bersemangat tetapi gementar ke sekolah. Lama sangat bercuti dan asyik bangun lambat je...Syukur mulai tahun ini mereka dapat skim pinjaman buku teks. Haziq Fahmi ke sekolah AlHatem barunya. Segak berpakaian biru berkotak. Masih tiada kawan. Gigit kuku dan muka selambanya. Harap dia dapat menyesuaikan dengan persekitaran baru.

ENT



Perkataan E.N.T menjadi bualan utama kami menjelang 31/12/2007. Haziq Fahmi dengan selambanya memasukkan secebis kertas berbentuk c ke dalam telinganya. Bila dan apa tujuan dia buat begitu menjadi misteri buat kami. Tatkala bermain di taman isteri ku terlihat kelibat kertas kadbod biru itu di dalam lohong telinganya. Dia benar-benar 'adventeruos' betul. Dua doktor cuba untuk mengeluarkannya tapi hampa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor pakar di SJMC yang berjaya mengeluarkannya dengan menidurkan semangat 'boy' ini. Menjerit satu hospital apabila dikenakan ubat bius pengsan. Senang sahaja pakar itu menjalankan kerja dengan tools mikro. Disjac hari itu juga dengan kemewahan katil 2 sebilik walaupun diminta 4 beds room sepadan dengan bayarannya nanti. Itulah kepakaran serta kesohoran prestij dan kesayangan kepada anak yang perlu di hargai Tiada tandingannya. Jangan lah nakal-nakal lagi ye..Fahmi. Nanti ayah belikan robot transformer..

Gerbang 2008

Menghampiri 2008 dengan penuh gemersik. Semakin mendekatinya pelbagai liku dan cabaran telah dilalui. Pengalaman demi pengalaman mengajar kita dengan kedewasaannya. 6 hari cuti termasuk cuti raya aidiladha dan krismas. Kelengkapan baju sekolah anak2 ku telah siap dibeli. Saban minggu asyik ke pasar raya sahaja. Selang 2 - 3 hari ke sana. Tidak mencukui bekalan di rumah. Ade sahaja nak dibeli.

Hari Raya Korban

Aidiladha disambut di Pasir Panjang dengan keluarga sebelah isteri ku membuat korban seekor kerbau. Kenduri pada malamnya. Semoga dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat dari pengorbanan ini.