Saturday, February 21, 2009

Nak camping








Fahmi minat betul nak khemah-khemah. Raihanah pulak ikut saje abangnya tu. Tapi Fahmi penakut, Raihanah lah jadi teman nak masuk tent tu. Apa yang ditakut, tak tahulah.

Friday, February 20, 2009

The silver myvi


Setiap 2 minggu ia dibasuh. Dibasuh dengan penuh kesungguhan. Motokar baru memang berkilat. Tapi kekadang terdapat mendak hitam apabila tak dibasuh. Mungkin dari gris. Odometer dah cecah 12000km. Kualitinya memang terserlah.

Lanskap




Aku amat gemar dengan lanskap,bunga dan taman. Dulu memang cita-citaku ingin menjadi renjer hutan, ahli botani atau seangkatannya. Suka sangat dengan bukit-gunung dan flora fauna. Tapi tangan ni tak jadi sangat bila nak menanam pokok. Banyak benar cabaran serta kedaifannya. Idea nak melanskapkan sekadar ruang hadapan taman rumah tu ada. Tapi hanya sekecil itu sahaja yang mampu di garap. Belajar berdikit-dikit untuk mengenali ilmu seni kehijauan maupun garapan hias tanah. Pedoman dan teguran dari arwah ayahku berkaitan pokok sentiasa di ingatan. Satu persatu dititipkan. Memang ada maksudnya sebelum ini. Cuma aku sahaja yang tidak ambil kisah. Ia akan menjadi inspirasi ku di waktu hadapan.

Happy Besday puteri-puteriku




Happy Besday kepada puteri-puteriku, Ayong, Farahin dan Raihana. Semuanya lahir pada bulan Januari. Ibunya buatkan kek cokelat moist.