Monday, April 26, 2010

Dinner @ MAEPS

Hari Sabtu malam Ahad, masih ada kesan-kesan cabut gigi, isteriku mengajak makan-makan malam di MAEPS. Anak-anak ku cukup selera makan stimboat seafood. Kali ini lebih banyak makan protein ikan, kerang dan udang tapi supnya banyak lagi tak dihirup.

Gigi

Sakit gigi geraham bongsuku telah seminggu sakit. Memang gigi tersebut susah untuk dicapai berus gigi manual atau automatik, kata doktor gigi. Maka jika rosak memang ia akan rosak dan perlu di cabut. Tidak boleh ditampal kerana sukar untuk mesin penampal untuk mengakses ke sana. Gigi itu juga jarang digunakan untuk pemakanan, kata doktor gigi. Kali pertama ke klinik gigi, doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Kali kedua datang, doktor tanya bersedia ke nak cabut, aku kata 'tak bersedia', maka doktor pun hanya mencuci dan lakukan 'scaling semua gigi.

Terjumpa pula dengan rakan sekelas 5 hijau semasa di VI. Beliau ada klinik sendiri di Bangsar. Teman lama. Dulu selalu buli-buli dia nak copy assigment add math. Dr Naresh, dah 10 tahun 'established' di lokasi itu. Rasa lebih yakin. Berbual-bual di pagi sabtu di kerusi tetamu bilik doktor sambil mengingati zaman sekolah dan mengisi 'particular' kad klinik.

Operasi di mulakan, 2 kali bius dan sebelum itu agen 'nyah' sakit disembur ke gusi. Tak rasa apa pun kesan suntikan. Rahang rasa kebas. Maklumat demi maklumat diterangkan tentang prosedur yang akan dilakukan. Amat teliti dan tenang. Kita yang duduk terngaga pun rasa selesa. Tunggu 3 minit. Dengan menggunakan 'special tools' dan kudrat tolakan, gigi geraham itu tercabut, tak sampai 1.5 minit pun. Syabas doktor. Cabut gigi rasa sakit, semuanya mitos belaka. Amat bertuah apabila dapat berjumpa dengan rakan lama sekelas yang berbakti kepada masyarakat dan bangsa.

Terima kasih bro..eh doc..

Minyak Kijang


Penggunaan minyak innova ku semakin baik 9.15 km per liter untuk pemanduan di dalam bandar (80%) + pemanduan di high way (20%). RM 60.00 boleh menampung jarak sejauh 305 km . Juga dengan bantuan i-charge - teman penjimat minyak anda...

Thursday, April 22, 2010

Minyak innova







Purata penggunaan minyak Innova 2.0 semakin baik, sekitar 8.5 - 9.0 kilometer per liter berbanding mula-mula dulu pada tahap 8.3 km per liter. Penggera ikon kiosk minyak tu akan menyala awal bila cecah 1/4 tangki dan itu yang menyebabkan kita meraba-raba mencari petrol-pump, tapi sebenarnya banyak lagi 'reserved' dalam tangki tu. Pemanduan 90% di dalam bandar dengan banyak 'start-stop'. Pemanduan di highway laju belum lagi dicuba dan sekadar 10 km pertama apabila pergi dan balik kantor Putrajaya. Odometer masih dibawah 2500 km. Bila cecah 5000 km akan diservis semula.

Myvi terlanggar Saga




Myvi isteriku terlanggar Saga bila nak balik kerja suatu petang itu di Petaling Jaya dalam kelajuan 10 km/j. Remuk la sikit bumper dan bonet depannya.

Seminggu hantar 'repair'.

Jalan2
















Jalan2 cuti sekolah kali ni pergi ke Wetland, Dengkil. Singgah kemudiannya di Taman Cabaran. Makan tengahari di Pusat Rekreasi Air Presint 12. Dekat-dekat je. Baby Faris tinggal di rumah.