Sunday, January 06, 2008

Hari Sekolah 2008

Seperti biasa 3/1/2008 3 orang anak-anak ku ke sekolah. Serba baru. Selesai bayaran yuran di sekolah SKUP3. Ayong Hani dan Farahin nampaknya bersemangat tetapi gementar ke sekolah. Lama sangat bercuti dan asyik bangun lambat je...Syukur mulai tahun ini mereka dapat skim pinjaman buku teks. Haziq Fahmi ke sekolah AlHatem barunya. Segak berpakaian biru berkotak. Masih tiada kawan. Gigit kuku dan muka selambanya. Harap dia dapat menyesuaikan dengan persekitaran baru.

ENT



Perkataan E.N.T menjadi bualan utama kami menjelang 31/12/2007. Haziq Fahmi dengan selambanya memasukkan secebis kertas berbentuk c ke dalam telinganya. Bila dan apa tujuan dia buat begitu menjadi misteri buat kami. Tatkala bermain di taman isteri ku terlihat kelibat kertas kadbod biru itu di dalam lohong telinganya. Dia benar-benar 'adventeruos' betul. Dua doktor cuba untuk mengeluarkannya tapi hampa. Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor pakar di SJMC yang berjaya mengeluarkannya dengan menidurkan semangat 'boy' ini. Menjerit satu hospital apabila dikenakan ubat bius pengsan. Senang sahaja pakar itu menjalankan kerja dengan tools mikro. Disjac hari itu juga dengan kemewahan katil 2 sebilik walaupun diminta 4 beds room sepadan dengan bayarannya nanti. Itulah kepakaran serta kesohoran prestij dan kesayangan kepada anak yang perlu di hargai Tiada tandingannya. Jangan lah nakal-nakal lagi ye..Fahmi. Nanti ayah belikan robot transformer..

Gerbang 2008

Menghampiri 2008 dengan penuh gemersik. Semakin mendekatinya pelbagai liku dan cabaran telah dilalui. Pengalaman demi pengalaman mengajar kita dengan kedewasaannya. 6 hari cuti termasuk cuti raya aidiladha dan krismas. Kelengkapan baju sekolah anak2 ku telah siap dibeli. Saban minggu asyik ke pasar raya sahaja. Selang 2 - 3 hari ke sana. Tidak mencukui bekalan di rumah. Ade sahaja nak dibeli.

Hari Raya Korban

Aidiladha disambut di Pasir Panjang dengan keluarga sebelah isteri ku membuat korban seekor kerbau. Kenduri pada malamnya. Semoga dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat dari pengorbanan ini.