Wednesday, March 03, 2010

Kijang Pakai 'Skirt'






Kijang ku telah dipakaikan 'skirt' @ bodykit di bahagian sisi, depan dan belakang. Spoiler atap juga di sematkan. Memang sepatutnya toyota dan siap pasang, tapi dah CNY, semuanya 'halt'. Odometer digitalnya baru menunjukkan 450 km. Kadar penggunaan minyak semasa adalah lebih kurang 8.3 km per liter (non official result') untuk kali pertama mengisi minyak. Hari tu isi RON 95 - RM 50 (27.7 liter) dan ikon stesen minyak tu dah berkelip pada jarak 230 km. Sebenarnya boleh pergi jauh lagi... mungkin lebih dalam 40 km lagi.

Jangkaan boleh pergi sejauh 9-10 km per liter apabila 'driving' di dalam pekan. Semalam isi minyak penuh sebanyak RM85.04 yang bersamaan 47.242 Liter. Tangki kijang 55 liter. Maka ada lagi 7-8 liter reserved dalam 'tank'. Ini kereta 2000 cc serta AUTO-ECT maka kena guna matematik tahun 6 untuk mengagakkan cara-cara penggunaan minyak yang 'efisien' lagi jimat. Dulu guna mobil 1300 cc, jadi tak kisah sangat.