Thursday, November 27, 2008

Pemergian Nenda Tok

Nenda ku pergi ke rahmatullah pada umur 83 tahun. Balik kg pada pagi jumaat 21/11 jam 7:00 pagi itu dan sempat menyempurnakan arwah setibanya jam 10:30 pagi. Al-Fatehah

Kenduri di Kg

Balik ke Batu Gajah kerana menghadiri kenduri kesyukuran dan doa selamat bapak sedara dan mak sedara ku. Mereka akan menunaikan haji. Bertolak jam 8 pagi sampai jam 11 pagi. Ramai sedara-mara dan rakan-rakan arwah bapak ku yg bertanya. Petang itu balik ke kg lambor kanan. Esoknya kenduri bersunat 2 orang sepupuku. Jadi raja sehari di pelamin. Cuti sekolah ni ramai yg nak berkhatan. Fahmi nanti umur 8-9 tahun boleh la potong.

Tahlil

Tahlil untuk bapak disempurnakan selama 3 malam di rumahnya. Hari Sabtu minggu berikutnya diadakan pula majlis tahlil di rumah ku di Saujana Puchong. Terima kasih diucapkan kepada saudara-mara, jirantetangga dan rakan-taulan yang menghadiri majlis tahlil tersebut. Sokongan dan bantuan dari saudara-mara bagi menjayakan majlis dari segi menu hidangan serta persiapan lain selama 3 malam berturut-turut merupakan rahmat kepada keluarga kami. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semuanya. Moga Allah membalas jasa-jasa kalian.

Pusara

Semakin ramai yang menziarahi arwah pada pagi Jumaat 31 Oktober itu. Sedara-mara dari kg hampir semuanya tiba. Tahlil dari jemaah wanita Kg Sri Delima menyusuli disedekahkan kepada arwah dengan bacaan yang sayup-sayup dari ruang tamu itu. Seperti yang dirancangkan jam 9:20 pagi arwah meninggalkan rumah kediamannya selama ini dan di bawa ke Masjid Kg Batu dengan van jenazah. Di masjid jenazah dimandikan, dikapan dan disembahyangkan oleh Ustaz Idris. Besar jasanya yang mulia dan dihormati ustaz ini. Beliau jugalah yang mentalkinkan arwah ibuku 11 tahun lepas dan beliau jugalah guru agama ku di sekolah rendah. Penuh ketertiban mereka yang memandikannya. Tiada terucap dengan kata-kata jasa-jasa mereka ini. Telah diberi peluang kami untuk mengambil wuduk untuk nya buat kali terakhir. Urusan kapan menjadi senang dan itulah kali terakhir menatap wajahnya dan mengucup dahinya sebelum di tutup kain puteh. Jam 10:45 dibawa ke tanah perkuburan kg batu. Terima kasih kepada rakan-rakan ku yang tiba dari pejabat ppj di waktu itu. Ku hargai sokongan kalian. Setibanya di tanah perkuburan penuh kesyukuran diucapkan , ianya dekat dengan kubur arwah ibu ku. Itulah ketentuannya. Talkin dibaca oleh Ustaz Idris dengan penuh syahdu dan insaf. Jam 11:30 sempurnalah semuanya. Kelihatan opah sampai dengan penuh gigih ke pusara yg masih merah itu. Menaburkan carikan helaian bunga yang ditanam arwah dan siraman air tahlil ke pusara menantunya. Tok nampaknya tak larat dan menunggu di kereta. Sampai jua sedekah fatehah nya. Al- fatehah

Monday, November 10, 2008

Pemergian ayahanda

Tiada kata untuk digambarkan perasaan ini. Telah dipaksa diri ini untuk menulis catatan kali ini.

Dimaklumkan pada tanggal 30 Oktober 2008 untuk kali terakhirnya pada jam 5:30 petang ayahanda Haji Ismail bin Haji Mat Kasat telah kembali ke rahmahtullah setelah koma selama 7 hari. Pada saat 23 Oktober 2008 di waktu terakhir aku dan adik ku menatap wajahnya yang masih mampu berkata-kata di tepian katil wad 4A Hospital Putrajaya setelah membantu menjamah makanan malamnya, hanya bubur nasi . Jam 8 malam itulah waktu yang kami tinggalkan beliau sisa kenangan ini dengan hati yang pedih. Tidak berselera dan amat letih, kedengaran suaranya. Disuruhnya kami pulang. Dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada jam 2:15 pagi. Jantungnya telah berhenti berdenyut dan mereka telah berhempas pulas mendapatnya beliau kembali. Dengan hati yang berdebar kami ke ICU. Semakin hari semakin sukar dan penuh makna. Sanak saudara dan jiran tetangga hadir menziarahi mendoakan yang terbaik. Tetapi allah lebih menyayanginya. Kami himpunkan seluruh luhur tenaga ini apabila semuanya senyap hening di saat 5:25 petang itu. Semua adik-beradik ku dan isteri ada di saat Dr itu berkata-kata. Kami akur dengan ketentuan ilahi dan bersedia untuk menyempurnakannya. Tidak putus-putus menyedekahnya dengan surah Ummul-Kitab dan yassin di saat itu. Isteriku dan adik-adik ku bergegas menyiapkan di rumah. Aku dan adik bongsu ku mengiringi arwah dan sesekali tidak meninggalkannya ke forensik. Van Jenazah dari Masjid Kg Batu meninggalkan cebisan kenangan Hospital pada jam 9 malam dengan adik-iparku sebagai pembantu. Terasa sekejap duduk di dalamnya bersama-sama arwah ayahanda di sisi. Makluman ke saudara marah di hantar. Jam 9:45 malam jenazah tiba di perkarangan rumah yang dibinanya. Ramai yang telah menunggu. Terasa pilu apabila meletakkanya di pembaringan di tengah-tengah rumah itu. Tidak tidur semuanya dan bacaan surah al-kafhi dan yassin di ulang baca. Jam 6:45 selepas subuh sepeti yang dijanjikan jemaah surah hadir membaca tahlil di sisi jenazah.