Monday, July 30, 2007

Tercapai jua berkonvo


Tercapai jua aku menghabiskan pengajian Ijazah ni. Berkonvo juga akhirnya dengan rakan-rakan sesama. Rakan sesama men'copy-paste', seram sejuk semasa kuiz, kawan last minute, ucapan terima-kasih kepada sahabat yg men'spot' soalan ramalan dan bermacam ragam menyiapkan assigment dan projek. Minta halalkan semuanya kelak senang di 'promote' kan ke jawatan yang sedang menunggu. Kepada teman belajar di library OUM dari jam 9 hingga 5 walaupun hanya 1-2 hari sebelum exam mem'fotostat' soalan bocor maupun ramalan tersasar, gelak ketawa mendapatkan doa hembusan, selamat berjaya kalian semua ke gred profesional . Semuanya itu suka-duka sepanjang 4 (empat) tahun semenjak Semester ogos 2003 hinggalah ke semester 12 Januari 2007. Terima kasih yang tidak terhingga untuk isteri tersayang yang tak lekang menyokong, memberi dorongan dan bebelan tenaga positif. Jua untuk anak-anak yang membesar bersama-sama sepanjang pembelajaran ayah.
Tahinah untuk semua rakan-rakan sesama konvo OUM.

Monday, July 02, 2007

50K avanza

Servis avanza ku di Balakong (tmpt favorit) untuk 50K mileage. Cecah angka 3 tahun dah mpv ni. Syukur sampai sekarang no major problem pada kereta ni. Tapi yang peliknya jarum odometernya 'menggigil' bila cecah 60km sejam. Kelakuannya seperti jarum di meter iswara ku dulu (3 kali tukar kabel pun stil 'gigil' juga). Lepas tu bile accelerate ade semacam bunyi 'cengkerik' sedang mengalunkan oskestra di depan papan 'dasboard' tu. Tak mengapa let the TYT SC solve the problems. Servis kali ni ku buat aligment dan balancing 4 tayar yg hampir haus (20% more to change new tyre set). Hujung tahun boleh tukar la kot.

Shopping sakan

Hari sabtu gi shooping di carefour subang jaya and central (tmpt belibelah lama lagi dikenang) untuk anak2. Berhabis semua di dua-dua gedung itu (cecah 3/4k). Shoping untuk ibunya belum lagi. Minggu depan plan nak pergi ke Jackal di Jln TAR. Plan juga nak ke IKEA. Nilai 3 belum sampai lagi tu. Takpun Ekonomi Sg Besar juge lah menjadi pilihan abad ini.

Birthday boy



Tanggal 25/6/2007 lalu genap Fahmi 4 tahun. Kami buat birthday di rumah mak nyah nya sempena majlis 'house warming' dan kenduri tahlil di rumah barunya. Simple je..letak lilin 4 batang bagi Fahmi tiup. Lepas tu belikan basikal roda 16 inci satu ganti basikal buruk yang selama ni dia tunggang. Tolak kat kedai pun RM10 je harga nya. Laju betul bila dia bawak. Bila dia brek turun bukit di depan rumah tu sampai berasap tayar. Bila tengok ..1/4 tayar belakang dah haus...Biarkan sampai dia cekap naik basikal roda 4 tu. Bila dan pandai sikit boleh guna tayar roda 2 saje.