Friday, February 20, 2009

Lanskap




Aku amat gemar dengan lanskap,bunga dan taman. Dulu memang cita-citaku ingin menjadi renjer hutan, ahli botani atau seangkatannya. Suka sangat dengan bukit-gunung dan flora fauna. Tapi tangan ni tak jadi sangat bila nak menanam pokok. Banyak benar cabaran serta kedaifannya. Idea nak melanskapkan sekadar ruang hadapan taman rumah tu ada. Tapi hanya sekecil itu sahaja yang mampu di garap. Belajar berdikit-dikit untuk mengenali ilmu seni kehijauan maupun garapan hias tanah. Pedoman dan teguran dari arwah ayahku berkaitan pokok sentiasa di ingatan. Satu persatu dititipkan. Memang ada maksudnya sebelum ini. Cuma aku sahaja yang tidak ambil kisah. Ia akan menjadi inspirasi ku di waktu hadapan.

No comments: