Monday, April 26, 2010

Gigi

Sakit gigi geraham bongsuku telah seminggu sakit. Memang gigi tersebut susah untuk dicapai berus gigi manual atau automatik, kata doktor gigi. Maka jika rosak memang ia akan rosak dan perlu di cabut. Tidak boleh ditampal kerana sukar untuk mesin penampal untuk mengakses ke sana. Gigi itu juga jarang digunakan untuk pemakanan, kata doktor gigi. Kali pertama ke klinik gigi, doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Kali kedua datang, doktor tanya bersedia ke nak cabut, aku kata 'tak bersedia', maka doktor pun hanya mencuci dan lakukan 'scaling semua gigi.

Terjumpa pula dengan rakan sekelas 5 hijau semasa di VI. Beliau ada klinik sendiri di Bangsar. Teman lama. Dulu selalu buli-buli dia nak copy assigment add math. Dr Naresh, dah 10 tahun 'established' di lokasi itu. Rasa lebih yakin. Berbual-bual di pagi sabtu di kerusi tetamu bilik doktor sambil mengingati zaman sekolah dan mengisi 'particular' kad klinik.

Operasi di mulakan, 2 kali bius dan sebelum itu agen 'nyah' sakit disembur ke gusi. Tak rasa apa pun kesan suntikan. Rahang rasa kebas. Maklumat demi maklumat diterangkan tentang prosedur yang akan dilakukan. Amat teliti dan tenang. Kita yang duduk terngaga pun rasa selesa. Tunggu 3 minit. Dengan menggunakan 'special tools' dan kudrat tolakan, gigi geraham itu tercabut, tak sampai 1.5 minit pun. Syabas doktor. Cabut gigi rasa sakit, semuanya mitos belaka. Amat bertuah apabila dapat berjumpa dengan rakan lama sekelas yang berbakti kepada masyarakat dan bangsa.

Terima kasih bro..eh doc..

No comments: