Monday, November 10, 2008

Pemergian ayahanda

Tiada kata untuk digambarkan perasaan ini. Telah dipaksa diri ini untuk menulis catatan kali ini.

Dimaklumkan pada tanggal 30 Oktober 2008 untuk kali terakhirnya pada jam 5:30 petang ayahanda Haji Ismail bin Haji Mat Kasat telah kembali ke rahmahtullah setelah koma selama 7 hari. Pada saat 23 Oktober 2008 di waktu terakhir aku dan adik ku menatap wajahnya yang masih mampu berkata-kata di tepian katil wad 4A Hospital Putrajaya setelah membantu menjamah makanan malamnya, hanya bubur nasi . Jam 8 malam itulah waktu yang kami tinggalkan beliau sisa kenangan ini dengan hati yang pedih. Tidak berselera dan amat letih, kedengaran suaranya. Disuruhnya kami pulang. Dikejutkan dengan panggilan kecemasan pada jam 2:15 pagi. Jantungnya telah berhenti berdenyut dan mereka telah berhempas pulas mendapatnya beliau kembali. Dengan hati yang berdebar kami ke ICU. Semakin hari semakin sukar dan penuh makna. Sanak saudara dan jiran tetangga hadir menziarahi mendoakan yang terbaik. Tetapi allah lebih menyayanginya. Kami himpunkan seluruh luhur tenaga ini apabila semuanya senyap hening di saat 5:25 petang itu. Semua adik-beradik ku dan isteri ada di saat Dr itu berkata-kata. Kami akur dengan ketentuan ilahi dan bersedia untuk menyempurnakannya. Tidak putus-putus menyedekahnya dengan surah Ummul-Kitab dan yassin di saat itu. Isteriku dan adik-adik ku bergegas menyiapkan di rumah. Aku dan adik bongsu ku mengiringi arwah dan sesekali tidak meninggalkannya ke forensik. Van Jenazah dari Masjid Kg Batu meninggalkan cebisan kenangan Hospital pada jam 9 malam dengan adik-iparku sebagai pembantu. Terasa sekejap duduk di dalamnya bersama-sama arwah ayahanda di sisi. Makluman ke saudara marah di hantar. Jam 9:45 malam jenazah tiba di perkarangan rumah yang dibinanya. Ramai yang telah menunggu. Terasa pilu apabila meletakkanya di pembaringan di tengah-tengah rumah itu. Tidak tidur semuanya dan bacaan surah al-kafhi dan yassin di ulang baca. Jam 6:45 selepas subuh sepeti yang dijanjikan jemaah surah hadir membaca tahlil di sisi jenazah.

1 comment:

Anonymous said...

Takziah diucapkan!
Biarpun telah pergi namun tanggungjawab kita sebagai anak belum sudah. Selagi kita bernafas, doakanlah untuk mereka setiapkali lepas solat dan sentiasa sedekahkan pahala amalan baik yang kita lakukan untuk mereka. Pesanan untuk Jas dan untuk kita semua juga.
InsyaAllah!