Thursday, November 27, 2008

Pusara

Semakin ramai yang menziarahi arwah pada pagi Jumaat 31 Oktober itu. Sedara-mara dari kg hampir semuanya tiba. Tahlil dari jemaah wanita Kg Sri Delima menyusuli disedekahkan kepada arwah dengan bacaan yang sayup-sayup dari ruang tamu itu. Seperti yang dirancangkan jam 9:20 pagi arwah meninggalkan rumah kediamannya selama ini dan di bawa ke Masjid Kg Batu dengan van jenazah. Di masjid jenazah dimandikan, dikapan dan disembahyangkan oleh Ustaz Idris. Besar jasanya yang mulia dan dihormati ustaz ini. Beliau jugalah yang mentalkinkan arwah ibuku 11 tahun lepas dan beliau jugalah guru agama ku di sekolah rendah. Penuh ketertiban mereka yang memandikannya. Tiada terucap dengan kata-kata jasa-jasa mereka ini. Telah diberi peluang kami untuk mengambil wuduk untuk nya buat kali terakhir. Urusan kapan menjadi senang dan itulah kali terakhir menatap wajahnya dan mengucup dahinya sebelum di tutup kain puteh. Jam 10:45 dibawa ke tanah perkuburan kg batu. Terima kasih kepada rakan-rakan ku yang tiba dari pejabat ppj di waktu itu. Ku hargai sokongan kalian. Setibanya di tanah perkuburan penuh kesyukuran diucapkan , ianya dekat dengan kubur arwah ibu ku. Itulah ketentuannya. Talkin dibaca oleh Ustaz Idris dengan penuh syahdu dan insaf. Jam 11:30 sempurnalah semuanya. Kelihatan opah sampai dengan penuh gigih ke pusara yg masih merah itu. Menaburkan carikan helaian bunga yang ditanam arwah dan siraman air tahlil ke pusara menantunya. Tok nampaknya tak larat dan menunggu di kereta. Sampai jua sedekah fatehah nya. Al- fatehah

No comments: