Tuesday, July 13, 2010

Wangi

Inginkan keharuman natural, suci dan tahan sepanjang masa, maka pakailah hotperfume yang mempunyai wangian yang indah. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda, hotperfume.

Wednesday, June 30, 2010

ENT - discaj

Raihana dapat discaj dari surgical day care jam 3:30 petang. Ubat pun dah diambil. Ana merengek sebab dia tak mahu makan bubur nasi dan aiskrim disebabkan ketidakselesa ditekaknya tapi ibunya bawak jalan-jalan ke kedai mini di hospital supaya dia lebih ceria. Doktor pun tengok Ana dah ceria dan boleh makan atas katil, diberikan nya boleh pulang, kalau tidak seharian lagilah di wad kanak-kanak.

Tuesday, June 29, 2010

ENT minor surgery

Anak ku, Raihanah baru saja menjalani pembedahan minor untuk tonsil dan telinganya di Hospital Putrajaya.Jam 8 pagi masuk 'operation theater' dan pukul 11 pagi dah keluar.Masih ditempatkan di 'day care ward' dengan ibunya. Masih merengek dan disuapkan aiskrim serta bubur nasi.

Happy Birthday Fahmi

Haziq Fahmi, boboy ni sambut hari lahirnya yang ke 7 tahun pada 25/6. Sepanjang hari dia asyik call je ibu dan ayahnya minta belikan kek. Maka petang jumaat itu disambut hari lahirnya dengan 2 orang adiknya, raihana dan faris dengan melihat abangnya meniup lilin. Kakak-kakaknya menghadiri program 'qiyamulail' di KAFA Alhatem.

Wednesday, June 23, 2010

Kuala Woh - Sekitar Malam BBQ
















Kuala Woh - The Return of Keluarga Mat Tamin











Kuala Woh - Camping & Gathering - Day 2
















Bangun pagi hari Sabtu, memang tak cukup tidur bila dah berjaga malam, nak terjun sungai memang akan sejuk-beku, jadi mandi di bilik-air yg airnya juga macam ais. Fahmi bangun awal jam 6 pagi, terus nak bersolat subuh di dewan, tapi 2-3 orang je ada. Semangat betul dia.

Makan pagi disediakan dan satu keluarga besar sarapan untuk persiapan sukaneka. Warna baju rasmi- biru sedondon. Aktiviti pagi dimulakan dengan senaman poco-poco. Ada pulak pertandingan senaman poco-poco terbaik untuk semua kategori. Dah diajar berkali-kali oleh 'instructor' dengan alunan muzik dangdut indon tu pun tak betul lagi stepnya. Inilah first 1st time. Jadilah step poco-poco 'hancur' ke depan belakang. Peluhlah juga.
Lepas senam, sukaneka untuk kanak-kanak. Farahin menangis tersedu-sedu bila tiup tepung masuk dlm mulut dan mata. Tepung gandum je. Untuk sukaneka dewasa, kami masuk acara 'balingan kasih' , sambut-baling telur. Tak sampai 4 kali baling, bila dah jauh jaraknya, terlepas tangkap, pecah telur. Untuk acara keluarga, kami dapat 1st place untuk acara balutan 'mumia' dengan Farahin jadi 'mumia'. Balut dengan kertas tisu je..

Petang hari, sepatutnya ada sambungan sukaneka, tapi kebanyakkannya dah terjun sungai dek kepanasan global, acara dibatalkan. Jadi berendamlah kami 3 jam di hilir sungai woh. Bersantai...

Malamnya diadakan makan-makan BBQ, ayam dan ikan keli. Acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan oleh cucu-cicit Mat Tamin. Ayong dan kumpulannya buat persembahan menari, Farahin dan dah Fahmi buat persembahan berlakon. Ana hisap susu teruja tengok kakak dan abangnya. MC penyampaian hadiah di 'hostkan' oleh Saliza, isteriku. barulah nampak makeupnya...Cepat saja dia mengacarakan majlis, sebab budak-budak dah tersengguk-sengguk keletihan nak tidur. Hadiah bonus dan memang dah bertuah, dapat pada keluarga kami..sekotak kipas.










Tuesday, June 22, 2010

Kuala Woh - Camping & Gathering Day 1











Pagi Jumaat, hampir 10 khemah ditegakkan di 17 tapak perkhemahan yang disewa. Six (6) Man Tent yang dibeli di Giant nampak kukuh dan luas. 5 tent lagi disewa-pinjam oleh isteriku dari kantornya. Pita keselamatan direntang di keliling tapak camping untuk tanda sempadan. Lokasi unggun api di pilih. Petang rembang melayan anak-anakku bergembira mandi-rendam di sungai. Saudara-mara telah mula datang dan memenuhi kawasan chalet. Pendaftaran bagi kedatangan ahli-ahli keluarga dibuat di dewan terbuka dengan penerimaan 'door gift'

Malam menjelma dan setelah solat, majlis tahlil dan 'dinner', Perjumpaan Keluarga Ceria Mat Tamin dirasmikan oleh kem komandan Abg Rashid dengan menjemput ahli keluarga VIP untuk memotong kek. Acara dimulakan dengan pengenalan salasilah keturunan Mat Tamin. Acara ini benar-benar meruntun jiwa dan klise. Kemudian keluarga masing-masing diperkenalkan. Barulah kenal saudara-mara yang jauh dan dekat. Ceria sedikit dan gembira kenal mereka. Untuk perjumpaan pertama ini , 108 orang telah hadir. Bagi memeriahkan family day ini, 5 kumpulan anak-anak keluarga yg diketuai oleh fasilitator remaja di bentuk bagi acara-acara berikutnya pada hari Sabtu. Ayong, Farahin dan Fahmi nampak bersemangat masuk dalam kumpulan walaupun hari dah larut malam. Jam 1 pagi habis acara, isteri ku, Fahmi dan Ana tidur di khemah tag 10, khemah 6 Man Tent, muat 4 orang. Ayong dan Farahin tidur di khemah tag 3. Malam yang suam-suam tapi sejuk akhirnya bila menjelma subuh.
Tengah malamnya 2 pasukan dibentuk bagi ronda-malam. Aku terpilih jam 2-4 pagi. Mata dan badan dah tak larat, tapi demi menjaga keselamatan keluarga dan lokasi camping, digagahkan juga.

Kuala Woh - Camping & Gathering - Day 0







Perjumpaan keluarga sebelah isteriku dengan tag 'Keluarga Ceria Mat Tamin' berjaya diadakan di Hutan Rekreasi Kuala Woh, Tapah pada 18-20 Jun 2010. Perjumpaan yang julung-sulung di meterikan ternyata hebat dan menepati matlamatnya bagi mengenal-rapat salasilah keluarga. Syabas kepada AJK Urusetia yang bertungkus-lumus.

Kami bertolak pada malam Khamis 17 Jun dengan memuatkan segala aneka barangan 'camping' ke Innova. Masa inilah MPV memainkan peranannya, penuh padat. Dah lama tak menikmati 'outdoor camping' ni. Banyak 'camping gear' perlu dibeli.

Lepas Tol Tapah, jam 11 malam, arahtuju 'laminated' diikatkan di tiang-tiang strategik menuju ke Kuala Woh. Dah lah kawasannya hutan dan gelap. Beranikan diri juga walaupun seram-sejuk Kuala Woh 13 km dari Pekan Tapah, jalan menuju ke Ringlet dan Cameron Highland. Minggu sebelumnya memang kami dah 'scouting' ke lokasi ini, jadi tak lah tercari-cari...

Sampai Kuala Woh jam 1130 malam, saudara-mara lain dah awal sampai menyiapkan segala persiapan. Malam 1 , tidur di chalet bentuk A.

Tuesday, June 15, 2010

Sekitar Majlis Raja Sehari
















Dah lama tak balik kg. Berkumpul bersama saudara-mara-sepupu, menikmati suasana kg. Ayong dan Farahin serta mak saudara mereka jadi pemberi hadiah kuih dan pemanis mulut kepada para jemputan. Letih sebab ramai dan panas. Ana meragam nak ikut Abg Fahmi nya. Faris pun meragam nak tidur tapi tak boleh nak tidur.

Balik Kampung - RajaSehari
















Lepas singgah di Kuala Woh, jam 12:00 sampai di Kg Tua,Lambor Kanan. Kg Emak dan Bapak. Sepupu kami, Lt Faizul Zabari (TLDM) jadi raja sehari pada hari Ahad 13/6/2010 . Ramai saudara-mara datang. Majlis diserikan dengan adat-istiadat meyambut pengantin tradisi tentera laut. Mungkin kali pertama dalam sejarah di kg ini. Foto keluarga beramai-ramai secara spontan menutup tirai majlis walimatul-urus gilang-gemilang ini.

Kuala Woh - singgah sekejap
















On the way balik ke kampung pada pagi 11/6/2010 , kami singgah di Kuala Woh, Tapah untuk tinjau-tinjau lokasi tapak perkhemahan bagi Family Day yang akan diadakan minggu depan ini. Teratur dan bersih kawasannya. Tak mandi air sungai pun, tumpang bilik air je. Jalan-jalan sekitar kawasan rekreasi hutan ini sambil menghirup udara hutan.

Thursday, June 10, 2010

Wisdom tooth

Pembedahan wisdom tooth dibahagian bawah taburan gigi ini berjaya dilakukan selama 3 jam pada 25 Mei. Dapat cuti MC 3 hari. Sakit betul dengan gerudinya, sengalnya, 'twisting'nya dan cungkilnya. Gosok lah gigi betul-betul...Tapi gigi ni pun tumbuh senget dan makan gigi geraham sebelahnya. Gigi geraham yang kena baham tu pun dan separuh rosak. Terima kasih Doc di Equal Dental Surgery, kawan sekolah masa VI dulu atas kepakaran tuan doktor. Bulan lepas cabut gigi geraham bongsu atas , kali ini geraham bongsu bawah. Semua kes disebabkan capaian berus gigi yang tidak sampai ke celah lokasi ini.