Tuesday, June 22, 2010

Kuala Woh - Camping & Gathering Day 1











Pagi Jumaat, hampir 10 khemah ditegakkan di 17 tapak perkhemahan yang disewa. Six (6) Man Tent yang dibeli di Giant nampak kukuh dan luas. 5 tent lagi disewa-pinjam oleh isteriku dari kantornya. Pita keselamatan direntang di keliling tapak camping untuk tanda sempadan. Lokasi unggun api di pilih. Petang rembang melayan anak-anakku bergembira mandi-rendam di sungai. Saudara-mara telah mula datang dan memenuhi kawasan chalet. Pendaftaran bagi kedatangan ahli-ahli keluarga dibuat di dewan terbuka dengan penerimaan 'door gift'

Malam menjelma dan setelah solat, majlis tahlil dan 'dinner', Perjumpaan Keluarga Ceria Mat Tamin dirasmikan oleh kem komandan Abg Rashid dengan menjemput ahli keluarga VIP untuk memotong kek. Acara dimulakan dengan pengenalan salasilah keturunan Mat Tamin. Acara ini benar-benar meruntun jiwa dan klise. Kemudian keluarga masing-masing diperkenalkan. Barulah kenal saudara-mara yang jauh dan dekat. Ceria sedikit dan gembira kenal mereka. Untuk perjumpaan pertama ini , 108 orang telah hadir. Bagi memeriahkan family day ini, 5 kumpulan anak-anak keluarga yg diketuai oleh fasilitator remaja di bentuk bagi acara-acara berikutnya pada hari Sabtu. Ayong, Farahin dan Fahmi nampak bersemangat masuk dalam kumpulan walaupun hari dah larut malam. Jam 1 pagi habis acara, isteri ku, Fahmi dan Ana tidur di khemah tag 10, khemah 6 Man Tent, muat 4 orang. Ayong dan Farahin tidur di khemah tag 3. Malam yang suam-suam tapi sejuk akhirnya bila menjelma subuh.
Tengah malamnya 2 pasukan dibentuk bagi ronda-malam. Aku terpilih jam 2-4 pagi. Mata dan badan dah tak larat, tapi demi menjaga keselamatan keluarga dan lokasi camping, digagahkan juga.

No comments: