Tuesday, June 22, 2010

Kuala Woh - Camping & Gathering - Day 0







Perjumpaan keluarga sebelah isteriku dengan tag 'Keluarga Ceria Mat Tamin' berjaya diadakan di Hutan Rekreasi Kuala Woh, Tapah pada 18-20 Jun 2010. Perjumpaan yang julung-sulung di meterikan ternyata hebat dan menepati matlamatnya bagi mengenal-rapat salasilah keluarga. Syabas kepada AJK Urusetia yang bertungkus-lumus.

Kami bertolak pada malam Khamis 17 Jun dengan memuatkan segala aneka barangan 'camping' ke Innova. Masa inilah MPV memainkan peranannya, penuh padat. Dah lama tak menikmati 'outdoor camping' ni. Banyak 'camping gear' perlu dibeli.

Lepas Tol Tapah, jam 11 malam, arahtuju 'laminated' diikatkan di tiang-tiang strategik menuju ke Kuala Woh. Dah lah kawasannya hutan dan gelap. Beranikan diri juga walaupun seram-sejuk Kuala Woh 13 km dari Pekan Tapah, jalan menuju ke Ringlet dan Cameron Highland. Minggu sebelumnya memang kami dah 'scouting' ke lokasi ini, jadi tak lah tercari-cari...

Sampai Kuala Woh jam 1130 malam, saudara-mara lain dah awal sampai menyiapkan segala persiapan. Malam 1 , tidur di chalet bentuk A.

No comments: