Wednesday, June 23, 2010

Kuala Woh - Camping & Gathering - Day 2
















Bangun pagi hari Sabtu, memang tak cukup tidur bila dah berjaga malam, nak terjun sungai memang akan sejuk-beku, jadi mandi di bilik-air yg airnya juga macam ais. Fahmi bangun awal jam 6 pagi, terus nak bersolat subuh di dewan, tapi 2-3 orang je ada. Semangat betul dia.

Makan pagi disediakan dan satu keluarga besar sarapan untuk persiapan sukaneka. Warna baju rasmi- biru sedondon. Aktiviti pagi dimulakan dengan senaman poco-poco. Ada pulak pertandingan senaman poco-poco terbaik untuk semua kategori. Dah diajar berkali-kali oleh 'instructor' dengan alunan muzik dangdut indon tu pun tak betul lagi stepnya. Inilah first 1st time. Jadilah step poco-poco 'hancur' ke depan belakang. Peluhlah juga.
Lepas senam, sukaneka untuk kanak-kanak. Farahin menangis tersedu-sedu bila tiup tepung masuk dlm mulut dan mata. Tepung gandum je. Untuk sukaneka dewasa, kami masuk acara 'balingan kasih' , sambut-baling telur. Tak sampai 4 kali baling, bila dah jauh jaraknya, terlepas tangkap, pecah telur. Untuk acara keluarga, kami dapat 1st place untuk acara balutan 'mumia' dengan Farahin jadi 'mumia'. Balut dengan kertas tisu je..

Petang hari, sepatutnya ada sambungan sukaneka, tapi kebanyakkannya dah terjun sungai dek kepanasan global, acara dibatalkan. Jadi berendamlah kami 3 jam di hilir sungai woh. Bersantai...

Malamnya diadakan makan-makan BBQ, ayam dan ikan keli. Acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan oleh cucu-cicit Mat Tamin. Ayong dan kumpulannya buat persembahan menari, Farahin dan dah Fahmi buat persembahan berlakon. Ana hisap susu teruja tengok kakak dan abangnya. MC penyampaian hadiah di 'hostkan' oleh Saliza, isteriku. barulah nampak makeupnya...Cepat saja dia mengacarakan majlis, sebab budak-budak dah tersengguk-sengguk keletihan nak tidur. Hadiah bonus dan memang dah bertuah, dapat pada keluarga kami..sekotak kipas.










No comments: