Wednesday, July 09, 2008

Kenari Merah



Kenari merah menjadi titik tolak kepada alam pemotoran isteri ku semasa kami tinggal di PJ. Mula dibeli pada tahun 2000 November. Sebagai sumber alternatif pergerakan kami untuk pergi kerja yang mana aku perlu ke Putrajaya dan dia perlu ke PJ. Tak banyak diceritakan tentangnya. Purata perjalanan sehari pada waktu itu adalah sekitar 10 km sahaja di mana pola perjalanan kereta cilik ini bermula di Inai Court Jalan Templer , singgah sebentar di Taska Jalan Penchala off Jalan Railway serta meneruskan perjalanannya ke Jalan Yong Shook Lin, MPPJ. Begitulah routing hariannya.


Kereta yang berkapasiti 1.0 Liter berenjin DOHC, Twin CAM, EFI ini tidak langsung menimbulkan masalah. Biasalah wear & tear seperti tukar clucth, tayar, bateri, engine mounting, breakpad , aircond, dan absorber. Lain-lain partnya seperti dahulu lagi. Part kebanyakkan tertulis 'made in japan'. Tak banyak bunyi-bunyian seperti kereta lain walaupun dah hampir 8 tahun kereta ni bergerak. Yang kurang menariknya kereta ini ialah cat merahnya lekang. Hantar cat 1 layer solid merah pada tahun 2006 , warna sama juga tetapi sekitar 2008 catnya lekang balik terutama di bahagian bumbung. Perjalanan yang paling jauh dibuat oleh daihatsu move ini ke Pulau Pinang dan Johor Bahru. Ada beberapa kali ke Ipoh dan Bota, balik kampung. Sekali tekan minyak memang mendadak pecutan enjin DOHC twincam nya. Satu teknologi yang begitu asing buat kereta proton sezaman dengannya.


Tetapi dengan kehendak semasa dan peredaran zaman perlulah juga berubah kan. Ia telah dijual dengan airconnya kepanasan dan kereta baru untuk isteriku sedang menanti. Mileage setelah 8 tahun bergerak cuma 87000 km lebih. Dijual dengan harga 15K setelah banyak sangat dolak-dalik dengan pembeli itu. Sementara menunggu kereta bewarna perak itu, isteri ku meminjam Satria Gti kepunyaaan staffnya..
Kereta auto , moden dan segar perlu untuk dia pergi kerja. Grant kereta dah dapat, kereta tak sampai-sampai, menunggu baucar dari pihak pembiaya. Platnya sewarna dan senombor dengan avanzaku. Biar senang untuk diingati. Sampai jua akhirnnya nanti kereta baru itu...

No comments: