Wednesday, July 09, 2008

Seharian di Temasek






Singapura seperti di dalam buku Ilmu Alam, memang kecil. 707 km persegi. Sebuah pulau yang maju, unik dan berperaturan. Selepas sarapan omelet, yogurt dan soya pukul 9 pagi dah beratur di Imigresen Woodlands. Tak perlu beratur elok-elok di sebelah Malaysia, senang sangat dan bolos. Aku dan anak-anak ku guna pasport berkumpulan kecuali isteri ku guna pasport international. Pasport ku dah expired tahun 2007.


Menyusuri sesak Tambak Johor bersaing dengan warga lain. Jam 10:45 pagi sah menjejakkan kaki ke tanah pulau. Agak lewat. Kebersihan persekitarannya begitu terserlah. Isteriku menjegilkan mata kepada anak-anak ku tentang tatacara membuang sampah berulang-ulang kali. Menaiki bas sewa khas plat singapore dan jurupandu pelat singapore-indon. Dari Bukit Timah Road bas terus menuju ke Bugis Junction, Little India dan singgah ke Merlion Park dan Marina City Park .


Tugu Singa yang menghamburkan air. Tapi tugu tu tengah di buat maintenance pulak . Hambarlah sikit panoraman gambar. Anak ku Nurfarahin menghadapi masalah dengan sendalnya. Melewati Bangunan Parliment , Suntec City, Raffles Hotel, Tugu Stamford, Singapore Flyer dan City Hall Singapore dari atas bas. Rata-rata warga pemuda nya agak sibuk dengan raptai festival kemerderkaan yang akan disambut akhir Julai ini. Kemudian menuju ke Istana Kg Gelam. Kesultanan yang telah pupus. Kawasan Bersejarah Melayu Singapura. Mengisi perut di Restoran Minang yang penuh tradisi. $25 dollar satu famili makan masakan minang yang begitu terasa enak . Syukur dapat solat zohor di Sultan Mosque berhampiran. Bergambar di Kampong Glam Walk dan Arab Street. Lanskap pepohon Kg Gelam mengingatku semasa isteriku menanam pokok gelam di Petaling Jaya.


Gerimis tengahari membawa rombongan ku ini ke Orchard Road. Sistem gantri atau tol yang dikenali sebagai ERP memenuhi bandaraya ini. Jalannya kurang sibuk dengan kenderaan memungkinkan sistem MRT bawah tanah dan public transportnya yang efisien. Tidak nampak pemandu yang suka-suka parkir di tempat tiada kotak dan garisan mulut buaya. Berhemah betul. Segelintir yang menunggu di pondok bas. Membeli belah di gedung Orchard Road dengan pelbagai baju dan cenderamata. Tempat yang pertama dituju, kedai kasut. Sandal $10 dollar untuk anak ku. Seperti biasa Raihana akan menyelongkar baju-baju di rak. Fahmi dengan mainannya. Nilai semua $130.


Jam 4 petang membawa semula ke Tambak Johor dengan pengalaman singkat seharian di Temasek. Jika kesempatan masa aku bercadang ingin explore semula pulau ini dengan lebih agresif.


Menuju pulang sempat singgah di Ayer Hitam sebagai pelengkap. Destinasi yang sebenarnya bagi membeli-belah. Lewat jam 11:15 malam tiba di PJ.

4 comments:

montel said...

seronok yeop jalan singapore. barang kat sana murah ke dari malaysia? makan senang tak

farisma said...

barang mmg mahal le. tukar Rm1000 dapat $450 singapore je..kalau nak jalan2 kena 4 hari 3 malam baru explore...

montel said...

tak update pun blog ni .. bila ko nak sambung master ni ?

farisma said...

entah la bila nak sambung..terus jadi dr boleh ke