Wednesday, July 09, 2008

Semalaman di JB







Kembara familiku kali ini dengan menaiki bas ke Johor Bahru. Bertolak Khamis malam dari MBPJ. Tak dapat tidur lena walaupun bas esekutif mbpj suspension udara. Singgah rehat dan rawat di Pagoh. Ada pau ayam pukul 1 pagi. Pukul 2:30 pagi sampai ke Hotel Selesa di JB. Mamai dibuatnya bila turun bas. Pagi itu bersarapan penuh 3 bintang. Rombongan isteri ku dan kakitangannya menuju ke MBJB untuk lawatan kerja.




Aku dan anak-anak ku menuju ke kolam sebagai riadah di pagi hari kerja Jumaat. Melayan karenah anak-anak ku bermain air di aras 11. Agak berangin oleh bayu dari Selat Johor yang sempit itu. Petangnya berjumpa dengan Wak Sajali, rakan baik elektronik ku sewaktu di UTM. Masih pekat pelat jawa Parit Warijo Lintang nya. Mengimbau kenangan lalu di Jalan Semarak dan mengungkap kejayaan rakan-rakan lain di masa nyata. Ramai rakan-rakan ku di negeri selatan ini. Peh...Jika kesempatan masa akan ku jengah semuanya di lain waktu.




Malamnya menyisir pantai di Danga Bay. Makan malam menu nasi ayam tak serupa namanya. Lain rasanya. Entah kenapa. Iklan begitu gah. Menyorot bandar JB diwaktu malam bagaikan kunang-kunang hilang arah.

No comments: