Thursday, February 18, 2010

Cuti Tahun Baru Cina Part 1

Hari Sabtu 13/2 jam 930 pagi , bertolak dari rumah menuju ke PLUS mengikuti LDP dan tersasar ke Guthrie. Avanza perlu digunakan kerana kapasiti penumpang dan barang yang pukal walaupun ia perlu direhatkan atas maksud tertentu. Memang masih selesa dan bertenaga walaupun ianya tidak diservis melewati 10 ribu km. Myvii tak cukup muat. Berpusu-pusu kereta bila sampai PLUS. Purata kelajuan sekitar 40-50 km/j.

Jam 12 tengahri masih di tarmac, perut dah berkeroncong. Singgah di R&R tapi R&R ni tiada makanan berkabohidrat, banyak 'junk food'. Anak-anak dan isteri dah mula menampakkan keresahan dengan situasi melampau. Lapar dan kenderaan bergerak perlahan. Keluar 'Exit' Bidor sebagai 'escape' . Sangkut sebelum sampai ke pekan selepas membayar tol. Jumpa gerai di tepi jalan. Buat U-Turn. Jam 1:30 tengahari , terus makan apa yang terhidang. Kenyang semuanya. Sejam kemudian masuk balik ke PLUS dan perjalanan lancar nampaknya. Purata kelajuan mencapai 70-80 km/j. Sampai juga ke 'exit' Gopeng . Terus ke Batu Gajah, Kg Tersusun untuk persiapan kenduri kahwin Si Eday, sepupu . Sampai pun dah jam 3 petang. Perjalanan yang meletihkan di mana sepatutnya ia memerlukan hanya 2 jam sahaja untuk sampai ke sini. Keluarga kami termasuk adik-beradik diberi tugasan menyiapkan hadiah bunga telur. Siap dalam bilangan menghampiri angka 1000.

Malamnya bermalam di rumah makyong di Ipoh. Memang panas hawanya. Perubahan monsun dan halangan angin dari Gunung Keledang berhampiran. Hari Ahadnya esoknya menghadiri majlis kahwin sampai pukul 4: 00 petang. Ramainya jemputan. Berjumpalah dengan saudara-mara semuanya. Malam itu tidur di Lambor Kanan, menziarahi opah.

No comments: