Tuesday, February 02, 2010

Aktiviti Hari WP

1/2 , cuti Hari WP. Ambil My Kad Ayong di JPN Puchong. Ramainya orang, biasalah KL cuti. Kaunter serahan cepat nombornya, Selipar Ana pulak tercabut. Pergi beli kat Hero. Bila pakai, terlebih muat, kakinya kecik , selipasnya besar. Singgah kedai cermin mata di bt 14 beli 'contact lens' ayong. Jenama I-Gel habis, beli jenama lain. Jenama yang dia biasa pakai tak sesuai pula dengan bola matanya. Pergi Puspakom Bangi, ingat nak insepection Avanza. Geran asal masih di bank laaa. Kena ambil sana. Tengahari nya ambil geran Avanza di Maybank Damansara. Ikut highway sampai juga di Damansara Jaya. Isteriku dan Ana tidur je dalam Avanza. Ada baki sikit lagi. Balik terus rumah.

Tengahari lepas makan , tidur, malasnya nak pergi puspakom balik. Jam 4 petang sampai di Puspakom Bangi. Kereta berderet-deret nak inspection. Panjangnya.. bila la nak dapat incepction kereta ni. Berbual dgn PHD student UPM dari Nigeria, tentang isu islam masakini, berhabuk speaking london. Jam 6 baru dapat inpection, bayar RM 25 untuk 'exchange tukar nombor plate' , pemeriksaan nombor chasis enjin dan badan kereta.

Tapi tiba-tiba pemeriksa tu kata 'tinted cermin depan tak lepas la bang', JPJ 70%, kereta encik 64%, saya bagi 10 minit, abg fikir sendiri..!'. Nak fikir apa, terus aku jawap 'Tak mau la koyak tinted tu..'. Dia balas ' Kalau tak mau koyak, fail incpection ni!!..". Ganas je dia jawap. Dengan bantuan seorang hamba Allah yang biasa sangat (2nd hand car dealer) dengan inspection kereta ni , beliau menggunakan 'cutter' , tak sampai 15 saat, terus mengoyakkkan tinted depan tu. terima kasih diucapkan kepada beliau dan rakannya. Memang nak jual pun kereta ni..tak kisah la..

Dapat sijil puspokom , Lulus..lega...6:30 balik rumah...

No comments: