Monday, February 22, 2010

Stimboat @ Mardi







Hari Jumaat Malam 19/2 , kami sekeluarga pergi makan malam 'stimboat' di MAEPS, Mardi. 15 minit dari rumah. Mula-mula yakin bila sampai ke pintu gerbang mardi tapi lepas tu sesat 3 minit . Dah malam, mana lah nak nampak signboard yang berbalam-balam tu. Kami dihidangkan dengan seperiuk sup tomyam dan sup ikan separa-panas. Satu penunu bunsen cap 'rama-rama' tersedia di atas meja. Ambil lah segala aneka ikan, udang, ketam, fish cake & ball, sayur kobis bunga dan cendawan serta direbus 'live' lalu dicicah sambal sos tiram atau cili. 1.5 jam makan, jam 1030 malam balik kenyang dengan protein makanan laut. ABC buat sendiri dan aiskrim sebagai pemanis rasa tapi air minumnya terlampau manis... . Kakak Ana dah tertidur, meradang bila dihulur aiskrim. Ayong dan Fahin segan-segan nak ambil ikan. Fahmi pulak berulang-ulang ambil sikit-sikit..

Bulan depan boleh datang lagi.

No comments: